Wednesday, 10 August 2011

Kenapa kita perlu menukar minyak enjin mengikut jadual?

Kerana minyak pelincir hilang daya pelincirannya sedikit demi sedikit apabila digunakan kerana didedahkan pada haba enjin dan tahap oksida minyak itu sendiri. Faktor haba juga mengubah struktur molekul minyak pelincir, menyebabkan ia kehilangan daya pelinciran. Selain itu, minyak menjadi kotor kerana ia bercampur dengan bahan logam yang haus apabilaenjin beroperasi.

Logam terhaus ini tidak kelihatan dengan mata kasar, namun ia wujud dan ditakung dalam takungan minyak. Oleh itu, wajar ia ditukar dengan minyak baru sementara daya pelinciran masih berada dalam tahap yang boleh diterima kerana minyak pelincir mengandungi bahan pembersih untuk mencuci enjin.Minyak pelincir menyumbang kepada penyejukan enjin dan daya penyejukan ini menurun melalui masa. Minyak lama menyebabkan enjin beroperasi lebih panas dari biasa dan menyebabkan kehausan melampau.


SELAIN minyak, pastikan semua peralatan boleh servis (serviceable parts)seperti penapis minyak, penapis udara dan palam pencucuh ditukarmenepati julat kilometer yang dicadangkan pengeluar motosikal. Inidapat menjamin ketahanan enjin dan operasi enjin yang baik.Jadikan hujung minggu atau hari tidak bekerja sebagai masa untuk merawat kereta. Periksa tali sawat (belting) Alternator, aircond belt, power steering belt anda dan cuci habuk atau pasir yang melekat untuk mengelakkan kehausan melampau.

Tukar minyak pelincir setiap 5,000 kilometer.


MINYAK pelincir adalah bahan terpenting bagi sesebuah enjin kenderaan sebelum komponen di dalamnya itu boleh digerakkan dengan lancar. Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkanbahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air. Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.



Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000kilometer atau empat bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan. Bagaimanapun, sesetengah pemilik kereta lebih gemar menukarkan minyak pelincir sendiri kerana ia mudah dilakukan dengan menggunakan beberapa alat asas seperti pemutar skru dan bekas untuk mengisi minyak pelincir lama.


Peralatan lain yang diperlukan ialah jack atau bicu untuk mengangkat bahagian kereta bagi memudahkan anda memutarkan skru pada kotak minyak pelincir. Mengikut beberapa kajian, adalah disyorkan anda mengeluarkan minyak pelincir lama untuk diganti ketika enjin masih panas. Ini kerana pada masa itu, minyak pelincir akan bercampur komponen kekotoran bahan bakar yang perlu dihapuskan ketika minyak pelincir itu disalurkan keluar.Jika enjin kereta tidak cukup panas ketika anda bercadang menukar minyak pelincir, eloklah dihidupkan enjin itu untuk beberapa minit terlebih dulu. Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak.Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.Masalah itu berlaku mungkin akibat proses penyesuaian bahagian terbabit menyebabkan berlaku kehausan sehingga minyak pelincir akan mengandungi serbuk logam. 

Apabila keadaan itu berlaku, proses penggantian minyak berkenaan terjadi dalam tempoh singkat menyebabkan ia menjadi hitam dan kotor lebih cepat berbanding dalam keadaan biasa.Jika keadaan itu berlaku anda tidak perlu bimbang dan tukarlah minyak berkenaan bagi melancarkan perjalanan kenderaan anda.Ini kerana minyak pelincir berfungsi bagi membersihkan permukaan dinding silinder daripada oksida, karbon dan kerak yang terjadi hasil pembakaran dalam bahagian berkenaan.Jadi, di samping mencairkan sebarang pemejalan minyak, ia turut membawa kotoran yang ada di dalamnya dan membersihkan bahagian berkenaan. Jadi apabila ia kotor, maka perlu diganti baru segera.

Friday, 22 July 2011

BEBERAPA TIPS UTK JIMATKAN MINYAK

Isi minyak sebelah malam, apabila cuaca sudah sejuk
Mengisi minyak pada waktu malam, akan mengurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang di isi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Benar atau tidak,Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Memang benar. Ada perbezaannya. Penggunaan petrol lebih lama bertahan jika di isi pada waktu malam.
Isikan minyak sehingga tangki penuh
Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.
Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap
Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.
Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda
Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.
Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh, nyata menjimatkan minyak.

Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh

Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.
Kurangkan penggunaan penghawa dingin
Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapain ke dalam dengan mudah.
Kurangkan beban kereta
Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.
Panaskan enjin selama 30 saat sahajaEnjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak (maklumat dari PERSATUAN PENGGUNA P.PINANG – CAP)
Elakkan menunggu dengan enjin masih hidup
Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.
Elakkan menggunakan gear rendah. Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam.
Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera. Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.

PENEMUAN TERBARU DRPD UK : MINYAK ENJIN TERBAEEKK DI DUNIA!!

Salam sejahtera bloggers!

Mungkin sebelum ni korang tak pernah mendengar minyak enjin jenama PLATINUM OIL kan?? Yang biase korang dengar adelah brand Petronas Syntium, Shell Helix, Castron GTX, Infiniti, Pennzoil dan sebagainya bukan?? Utk korang yg nak tau produk yg terbaru dan  boleh menandingi minyak2 yg disebut tadi..kami memperkenalkan...PLATINUM OIL...

Yup, produk ini baru je memasuki Malaysia awal 2011 dan diimport khas dari US. Kami target nak offer minyak enjin ni dekat workshop, stesen minyak, garaj kereta, gudang permotoran dan juga kilang atau syarikat automotif. Selain dari minyak pelincir, kami juga ada menawarkan produk penjagaan kereta dan aksesori kereta. Kalau anda nak tengok produk2 kami,boleh visit www.platinumoil.my utk keterangan lanjut.

Sebenarnya kami faham sgt kebanyakkan pengguna kenderaan di Malaysia ni selalu fikir "minyak tak pernah dengar pun,taknak lah try,kang rosak enjin aku" ataupun "takpe,minyak yg aku guna sekarang pun dh cukup power,malaslah nak tukar" tapi pernah tak korang terfikir untuk melakukan anjakan paradigma? Betul kereta anda dah cukup power dgn minyak sedia ada,tapi bagaimana pula dari segi pelaburan dan penjimatan??Atau kadang2 malas kena servis kereta bila tiba masanya kan? Bagaimana pula dari segi perfomance,kereta punyalah hebat tapi masih tak dpt buat org kagum??

Kebanyakkan pengguna kenderaan di negara kita kadang2 terlalu menjaga luaran kereta berbanding dalaman. Dari segi hiasan, aksesori, bodykit memang tip top tapi tang enjin,kadang2 demam,masuk bengkel bagi ubat,elok kejap pastu dera sikit,demam balik. Sesetengah orang pulak sanggup berhabis utk makeup kereta tapi enjin selalu semput. Last2 kereta duk diam2 bawah garaj..sayang kan??

Mesti enjin kereta korang selalu je hangit bila drive long distance, kalau pengguna kereta lama pulak slalu berhenti kat stesen minyak utk isi air takut radiator overheat. Ataupun korang dapat rase enjin kasar especially bile start keter, enjin bising kan?? Sebab tu anda kena consider utk bertukar atau ganti minyak yg sedia ada tu dengan  PLATINUM OIL..

Kadang2 mentaliti masyarakat nie kita tak boleh nk ubah,terpulang pada tiap individu tapi sebagai pengguna,kami cuma nak share knowledge yg ade. Tak salah mencuba sesuatu yang baru dan lebih baik kan? Jadi,bertukarlah sekarang kepada PLATINUM OIL..

Monday, 20 June 2011

PRODUK KAMI




Platinum Oil Fully Synthetic 5W-50 SM/CI-4
(Available in 4 litre packing, 18 litre & 209 litre)


Platinum Oil Fully Synthetic 5W-40 SM/CI-4
(Available in 4 litre packing, 18 litre & 209 litre)





Platinum Oil 20W-50 SM/CI-4
(Available in 4 litre packing, 18 litre & 209 litre)




Platinum Oil 10W-30 SM-CI-4
(Available in 4 litre packing, 18 litre & 209 litre)




Platinum Oil Platinum Synthetic 10W-40 SM-CI-4
(Available in 4 litre packing, 18 litre & 209 litre)




Platinum Oil Semi Synthetic 10W-40 SM/CI-4
(Available in 4 litre packing, 18 litre & 209 litre)


Ini hanyalah sebahagian sahaja drpd produk kami namun, untuk maklumat yg lebih lanjut tentang produk2 yg dijual,sila lawati laman web kami di http://www.platinumoil.my/index.html dan juga Facebook kami di http://www.facebook.com/pages/Platinum-Oil-Negeri-Sembilan/219974784689343